Tuesday, April 12, 2011

Weekend BBQ

Buat bbq pada hari ahad yg lalu...membakor apa aje yg ada dlm peti ais, sotong takdak, udang pun takdak yg ada ikan, ayam, jagung and sosej, jadilah...dah tingin sangat lagipun nk test grill yg baru dibeli heeee...semuanya CB perap sekali gus ngan bawang, bwg putih, halia,lada hitam, kicap, kunyit, rempah kari dan garam, lupa nk letak gula so kurang ummppp apapun selesai....


Monday, April 4, 2011

Shephard pie

wehhh lama sungguh CB tak update blog nih...aduyaiii malas nyer...kalu lah ada PA kan senang yek...huh...nk update blog pung nk kena ada PA ke??Aktiviti hujung minggu tak lah bizi sangat seadanya je la...sempat gak buat shephard pie, resepi CB amek kat chef Norzailina...lama tak buat sedappp...ingat nk wat tiramisu tapi along takde pulak kang makan tingat kat dia susah...so tak buat simpan dulu cheese tu..heee...


Shephard Pie (chef Norzailina Nordin)
Bahan-bahan Inti

40 gm majerin
1 labu bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, tumbuk
400 gm daging cincang
½ biji cili Benggala hijau }
200 gm lobak merah } dadu
100 gm salderi }
1 camb herba campuran
1 tin tomato (425 gm), kisar
Garam secukup rasa

Bahan Atas

70 gm mentega
800 gm ubi kentang, rebus & lecek
100 gm keju Cheddar, parut (20 g untuk tabur)
2-3 camb susu cair
Garam, serbuk lada sulah

Cara membuatnya
1.Untuk bahan lauk: Cairkan majerin, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2.Masukkan daging, kacau hingga berubah warna, bubuh cili Benggala, lobak merah, salderi dan tomato kisar.
3.Tutup periuk dan perlahankan api tetapi hendaklah dikacau sekali sekala hingga lobak separuh lembut. Bubuh herba dan garam, angkat.
4.Ratakan di dalam mangkuk tahan panas (boleh mengisi 1.75 liter).

5.Untuk atasnya: Satukan 50 gm mentega, kentang, keju, susu, garam dan serbuk lada sulah.
6.Ratakan ke atas daging. Boleh juga lorek dengan garfu di atasnya. Bubuh baki mentega dan taburkan keju.
7.Bakar pada 190 C selama 30-35 minit atau sehingga permukaannya keperangan.

Monday, March 14, 2011

matta fair mac 2011

wahhh jom kita pi holiday...tahun ni nk ke mana kita yek??? Sabtu lepas CB ke pwtc matta fair. Tahun ni kena nyor 3 hengget nk masuk bagi org dewasa, kanak2 free. CB rasa tak patut depa kenakan caj sbb diorg ni kan kaya2 esp tokeh2 travel bangsa cina, sponsor mesti ramai...saja mata duitan...
CB pegi berdua je ngan anak dara sib tak bawak reramai tak pasai2 bayar tiket bebyk.
Pepagi tu masih tak ramai bila tghri sket fuhhh sesak nafas...tmptnya bukan takat kat dlm pwtc tu sambung ke bangunan kat seberang sg tu...luas lenguh gak kaki. Nk tergelak gak ler bukan takat pakej pelancungan je demo buat kuih2 tradisional pun ada gak. CB sempat gak posing ngan akak yg jual kuih ros@goyang@loyang tu, best akak tu sporting habih...nyesal tak beli kuih sbb lupa asik interbiu dia je...sori akak ye...lain kali ada rezki kita beli.
Eh citer pasal holiday tahun ni nk ke mana yek?? Dlm waktu yg terdekat ni tak lah kot, mungkin cuti sekolah jun nnti...adalah tu, ke mana sama2 kita tungguuu...heheee..


Monday, February 28, 2011

Cupcake mystery code...

CC ni diorder oleh kwn angah utk majlis apa, tak tau...tak byk 15 ketui je...deco yg simple2 je yg penting ada alphabet mystery tu...apa maksudnya CB pun tak tau..hrp kawan angah puas hati ngan cc perasa vanila/kopi ni...


Thursday, February 24, 2011

Belasungkawa - Allahyarham Mohd. Shukri Jaafar

Hari ni merupakan hari yg paling menyedihkan bagi kami di pejabat kerana pemergian seorg sahabat dan staf yg amat baik dan disenangi oleh ramai iaitu Allahyarham Mohd Shukri Jaafar. Baru berusia 34 tahun masih belum berumahtangga, usia muda arwah amat sedih krn menanggung kesakitan yg begitu lama dihidapi, penyakit yg berkaitan sendi. Asalnya hanya terseliuh semasa bermain bola sepak utk pejabat, lama kelamaan semakin melarat hingga merosakkan sendi2 yg lain...Semalam tghri sempat menziarahi arwah yang agak tenat di ppum, begitu sayu bila melihat keadaannya yg asalnya seorg anak muda yg begitu gagah,sihat menjadi begitu tidak bermaya...Tapi siapa lah kita utk menentang segala ketentuan ini semua itu sudah ditentukan olehNya, maka hendaklah kita reda...kita yg melihat pun begitu sedih dan hiba apatah lagi bagi keluarga arwah yg begitu menjaganya dgn penuh kasih sayang...marilah kita sama2 mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama para solihin dan anbia...ya Allah dikau ampunkan segala dosa sahabat ku ini, sesungguhnya kami juga akan mengikutinya....aminnn


Thursday, February 17, 2011

Kung pao chicken???

Eh gambo resepi ni ada ke ghuper kong pao chicken??? heeee CB main taram je masak kongpao chicken tu, walaupun rupa mu tak ku kenali...tapi kesedapanmu menjilat jari hahaha....CB masak campak2 je last skali bubuh tepung jagung kasi pekat kuahnya, makan ngan nasi panas...ohhh...


Yg ni plak kasi kukus sama itu ikan kerapu...makan panas2 jugak tau...kalu sejuk tarak umphhh...

Tuesday, February 8, 2011

Kentang Puff

Masa cuti tu sempat gak CB buat puff ni...tgk kat giant ada jual puff pastri yg 4 segi, selalu yg bulat je..so apa lagi rembat sepeket je (10 kpg). Inti CB buat inti kentang (mcm inti karipap) tu. Sedap pulak..pehni nk pi cari lagi...