Showing posts with label ibadah. Show all posts
Showing posts with label ibadah. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Kerinduan...

Saat-saat menjadi tetamuNya bagi kami sekeluarga 3 tahun yg lalu masih terpahat di dalam memori setiap dari kami, apatah lagi menjelang hari wukuf,bermalam di mudzalifah,melontar jamrah, tawaf dan saie bagi menyempurnakan ibadah haji.Kami masih merindu suasana di sana, terasa spt baru berada di sana...mudah2an Ya Allah Kau permudahkan agar kami diberikan rezki utk menjadi tetamuMu lagi...aminn.
Layan lah beberapa gambar kenangan CB dan family di sana esp semasa wukuf,mudzalifah dan mina.

Bergambar kenangan sekeluarga di Padang Arafah

Melontar jamrah


Bertahalull awal buat haji daniel...ala-ala busyuk mama...


di Mudzalifah


Khemah di Padang Arafah


Jamratul al Wusta

Tuesday, August 10, 2010

Selamat datang Ramadhan al Mubarak - 1431 H

Jika tiada apa-apa esuk kita akan berposa...Ramadhan menjelma kembali.
Syukur ya Allah kerana telah menyampaikan umur kami ke bulan yg mulia ini, mudah2an Engkau panjangkan umur kami untuk menyempurnakan ibadah kami di bulan yang mulia ini, dgn rezki dan kesihatan dari Mu...aminn..
Kpd teman2 blogger semuga ibadah posa kita mendapat ganjaran syurga dariNya...amin.
CB memohon maaf jika ada salah dan khilaf sepanjang CB "berblogging" heee...
Dh lama juga tak update N3 kat sini, layan ler gambo2 yg ada...

Ni jgn salah faham pulak ye..nk tanya lawo tak kete nih? eh tu budak bwh umoq mana bole bwk kete?..dah dah pi main jauh2!!!

Tuesday, September 15, 2009

Tazkirah...

Haji Luqman Daniel yang manja dan sentiasa menguji kesabaran ibu dan ayah...semuga dikau menjadi anak yang soleh. Aminn

Jika semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa maka taubatlah ubatnya dan jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadanlah pemutihnya.
Sangat menarik ungkapan di atas, renung2kan lah....

Friday, August 21, 2009

selamat datang ramadhan almubarak

MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA SEKELUARGA KPD SEMUA BLOGGER YG MENGENALI BLOG INI.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN.

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13. Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15. Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16. Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17. Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18. Solat Zuhur berjemaah.
19. Tadarus pendek.
20. Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21. Solat Asar berjemaah di Masjid.
22. Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan
buahkurma atau buah tempatan. BERDOA 5-10 MIN SBLM WAKTU BERBUKA, PINTU LANGIT DIBUKA, TIADA HIJAB.
24. Segera Solat Maghrib di Masjid.
25. Makan malam bersama keluarga.
26. Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN.

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan.

1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN.

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan
sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran,Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir
(Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat
Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat
Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga
dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Thursday, August 6, 2009

nisfu syaaban

Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Wednesday, July 15, 2009

Tuesday, June 16, 2009

Rindu...

Ya Allah kenapa rasa rindu yg teramat sgt utk berkunjung ke rumahMu lagi....
Izinkan ku dan keluarga utk mengunjungi rumahMu sekali lagi Ya ALLAH, permudahkan lah dan murahkan rezki kami. Amin.

Sbhgn dr kenangan indah yg x dpt dilupakan sewaktu mengerjakan haji bersama family tercinta pd thn 2007. Apa kabar kak Sabariah roomate kami masa kat Mekah. Lama tak jumpa.



Permata2 kesayanganku yg sama-sama mengharungi pahit manis semasa di sana

Hotel AlFajr alBade Mekah tempat kami menginap selama 30 hari....Ya Allah rindunya kami...