Friday, August 28, 2009

kek ceklat

mlm tadi tingat akan kek ceklat si LG kat ostolia tu, bhnnya pun mudah je dan buatnya pun senang, lebur je semua hehehe...tpi cikbunga takde loyang 6x3 tu so taklah cute sangat ghuper nyer...terpaksa cari loyang yg paling kecik yg ada kat dapur tu akhirnya jumpa ler mangkuk pyrex, bole gak ler...ingat lepas tu nk boh BC nk hias kat atasnyer tpi dh tak sempat dh kena ngappp...apa pun kek ni tak ler moist sgt,adunan mmg cair sket cikbunga takut cair sgt cikbunga tambh sket lgi tpg gandum kira durhaka gak ler...oleh krn saiz kecik maka cepat ler nk habih, eluk gak tu tak membazir...


cikbunga bubuh topping ceklat compound n whipping cream, wallaaaa...
sememeh ceklat kat tepi tu...

Thursday, August 27, 2009

nasi minyak

iftar smlm pun masak simple je, maklumler terkejor2 smpi je umah terus ke dapur bersilat sorang2 hehehe, kdg2 big bos tolong apa yg patut, maka siap ler nasi minyak sempoi ni ngan kuah kari ayam n acar ikan tenggiri, ingat nk wat kurma ayam, rempah kurma pulok habih...pehtu goreng karipap segera sib baik ada stok, nk wat puding tak sempat pulok. Lepas terawih baru buat karamel puding utk buka ptg nih...tu la nasib org bekerja naa...



nasi minyak ni sedapp, cikbunga masukkan sket rempah bariani shan..

Wednesday, August 26, 2009

menu berbuka

antara menu sempoi utk buka 2-3 ari lepas, ada jugak yg tak masuk entri.
donat resepi hana jepun, sedap lemmbuttt je
boh je apa yg patut
mekap ceklat
menu 3 in 1- roti jala kuah kari, mee kuah kari n nasi jugak kuah kari hehehe

menunggu pelengkap msg2...

Tuesday, August 25, 2009

my garden-pt.2

Ari ni kita sambung lgi ye puan/tuan gambo2 di garden cikbunga yg tak seberapa nyer itewww...
ehh senget ler pulok pokok lidah boya ni
bukan lidah boya je ada, kucing nyer misai pun ado hehehe
ini daun ha kalu masak sambal tempoyak ha kalu mmg nalerr...
daun ni wajib ada bg setiap umah wehhh
serai jugak, nk buat rendang yek
suka tgk bunga purple ni cute...

Monday, August 24, 2009

my garden

kita tenguk semua org tayang menu sahur n buka posa...hehehe.Kita rasa nk jenguk garden ciput kita yg ada kat dpn umah maklumlah pepagi hujung minggu bulan posa ni sempat ler jenguk pokok2 yg ada dh lama tak jengah ntah mati ntah hidup pokok2tu,takkan ler tuan posa pokok2 pun nk posa gak wehhh.....jom kita layannn...
muka mcm sirehhh...pokok sireh cikbunga sgtlah cantik!sapa nk buat sirih junjung boleh amek...
belimbing ni kalu wat masak lomak ikan keli waduhhh
org kata ni pokok 7 bilah jarum ubat kanser
masak lomak tempoyak mmg sedap boh daun nih
org jowo suka masuk daun ni dlm pecal
pokok oregano, boh kat piza kot hehehe
pokok sambung nyawa??
lupa plak pokok apa nih
daun karipuley...
lama tak wat laksa wehh bila tgk pokok nih
Nanti kita tayang pokok2 yg lain plak yek...ada byk laiee...

Friday, August 21, 2009

selamat datang ramadhan almubarak

MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA SEKELUARGA KPD SEMUA BLOGGER YG MENGENALI BLOG INI.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN.

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13. Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15. Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16. Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17. Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18. Solat Zuhur berjemaah.
19. Tadarus pendek.
20. Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21. Solat Asar berjemaah di Masjid.
22. Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan
buahkurma atau buah tempatan. BERDOA 5-10 MIN SBLM WAKTU BERBUKA, PINTU LANGIT DIBUKA, TIADA HIJAB.
24. Segera Solat Maghrib di Masjid.
25. Makan malam bersama keluarga.
26. Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN.

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan.

1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN.

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan
sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran,Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir
(Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat
Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat
Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga
dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Thursday, August 20, 2009

mencup cake again...

balik je dari sekolah, si ballerina kata esuk ada jamuan kat sekolah...so cikbunga tanya nk bwk apa, dia kata apa2 la...kwn2 pun bwk mcm2,so nk bwk apa...dia kata cupcake la...aduhaii...kul baper lah nk siap nanti kang,sib baik lah dia nk deko yg simple je yg swirl2 je...mula2 nk bwk 30 ketul tpi tgk byk sgt pulok so dia kata 20 dah ler...yg baki 10-12 ketui tu kita kenduri lah hehehe...
ni yg baki, deko ala kadar utk mkn kat umah je


ni yg ballerina punyer, dia deko sendiri takler cantik tapi bole la...swirl coklat

sebelum mekap...sib baik tak melimpah2 kek tu, ngam2 je, vanilla cc.

Wednesday, August 19, 2009

moulds

Smlm dok tgk LG dok tayang moulds and all baking tins dia...mmg takleh nk challenge ler koleksi LG tu, boleh buat industri kek...hehehe. Cikbunga nyer koleksi ciput je, rasa2nya ada yg terselit dlm gobok lgi, takleh nk kuar sbb tak larat nk selongkar dah...meh kita semua tayang kilang msg2nyer tins,mould,pans etc...



ayam goreng rempah

ni menu ari minggu yg lalu...ayam goreng rempah resepi kak liza. Cikbunga dh beli buku resepi kak liza, 3 judul je iaitu ayam, makanan laut dan nasi, yg lain2 takde jual pulok, beli secara kebetulan ada seminar pasal buku kat s.alam. Dpt diskaun lagi dr akak yg jual tu.Mmg sedap ler ayam goreng ni, goreng sekoq sbb ramai kat umah.
buku resepi kakliza
selepas goreng...

perap 1/2 jam ye puan-puan...

Tuesday, August 18, 2009

baper kali again da...

buat ceklat laeiii...yg ni cok.compound beli kat sue jugak. Sedap jugak comp. ni wp tk leh lwn cek.couveture tuh...tpi kalu letak perasa n filling yg sedap maka sedap lah jadiknyer. Cikbunga bubuh filling strawberry n letak peanut butter sket...fulamakkk..best...apa lgi sekejap je depa pulun, along siap bwk balik kolej.
tadaa...boleh jual tak???
filling strawberry, dapppp...
dh bangun wehhh...
terbaring bebudak tuh!!!
yg ni plg best, wafer salut ceklat

Monday, August 17, 2009

spaghetti simple

cam besa lah hujung minggu bila dh ramai kat umah, layan lah tekak depa naa...big boss posa lgi, tabik lah kat big bos dpt buat posa sebulan syaaban..insyaallah, pasni sebulan ramadan insyaallah...so bila big boss posa,angah n along ke low yat atas urusan cari gadget apa2 ntah so kita kat umah masaklah spagetti simple ni.Kuahnya senang je:
1 tin sos preggo tradisional, minced chicken,sosej ayam gak (daging big boss tak mkn - gout hehe),pastu tumislah ngan OO (olive oil),bwg besar, pastu masukkan lah semuanya. Jgn lupa last masuk oregano sket, lada hitam sket,sayur2 jika nak n last tabur cheese. Spagetti jgn lupa rebus yek.. Dh siap...

...again

tak tau dh baper kali buat marble cheese cok. cake ni...nk menghabiskan cream cheese yg ada, mmg sedap kalu ada cheese tu kan kat umah ni ramai minah saleh...hehehe...tunggu ada lagi menu minah saleh...coming up...