Monday, April 25, 2011

Meringue

Tgk org buat meringue kita pun nak gak buat sib baik tak merengggg heeee...wp simple cara nk buat tapi kalu tak kena gaya mmg tak menjadi. Ini cubaan pertama CB buat meringue ok gak ler paras rupanya wp tak serupa ngan org lain punya. Mmg sedap meringue ni sebenornya yek..rasa mcm makan marshmallow pun ada, rasa macam kuih bangkit pun ada...rasa2nya nk buat pavlova pun caranya sama..lepas ni nk cuba buat pavlova bubuh fresh fruit and cream byk2 kat atas...fuhhh gerenti yum yum...
Bhn2nya kalau tak silap putih telur ngan gula icing je diputar hingga ringan and gebus....pastu bakar

Wednesday, April 20, 2011

Marble cheese brownies

Hari sabtu yg lepas sempat jugak CB bancuh 1 adunan MCB ni lebihannya buat tiramisu.
MCB ni CB guna resepi Rinnchan yg simple tapi sedap. Takleh jadi ni asyik makan cis je mau berat naik mendadak lepas ni...si alang dah susah hati berat dah naik lepas salahkan mak nya yg masak sedap ngeee...ate...takyah masak yek bole???


cantik gak bake dlm pyrex ni kan bole nmpk dari luar...lepas ni akan guna casserole utk baking..be creative!!!

Monday, April 18, 2011

Tiramisu

Ini adalah pencuci mulut CB buat hari sabtu lepas nak menghabiskan cream cheese dan whipping cream dlm peti ais tu. Tmbhan semua penghuni ada kat umah, kira laku habis ler tiramisu ni dlm sekelip mata je...kali ni CB masukkan dlm mangkuk kecik dan juga cupcake, saja utk pelbagaikan presentation...resepi CB pernah masukkan dlm entri terdahulu silalah rujuk jika berkenan...mmg yummyyyy...


Tuesday, April 12, 2011

Weekend BBQ

Buat bbq pada hari ahad yg lalu...membakor apa aje yg ada dlm peti ais, sotong takdak, udang pun takdak yg ada ikan, ayam, jagung and sosej, jadilah...dah tingin sangat lagipun nk test grill yg baru dibeli heeee...semuanya CB perap sekali gus ngan bawang, bwg putih, halia,lada hitam, kicap, kunyit, rempah kari dan garam, lupa nk letak gula so kurang ummppp apapun selesai....


Monday, April 4, 2011

Shephard pie

wehhh lama sungguh CB tak update blog nih...aduyaiii malas nyer...kalu lah ada PA kan senang yek...huh...nk update blog pung nk kena ada PA ke??Aktiviti hujung minggu tak lah bizi sangat seadanya je la...sempat gak buat shephard pie, resepi CB amek kat chef Norzailina...lama tak buat sedappp...ingat nk wat tiramisu tapi along takde pulak kang makan tingat kat dia susah...so tak buat simpan dulu cheese tu..heee...


Shephard Pie (chef Norzailina Nordin)
Bahan-bahan Inti

40 gm majerin
1 labu bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, tumbuk
400 gm daging cincang
½ biji cili Benggala hijau }
200 gm lobak merah } dadu
100 gm salderi }
1 camb herba campuran
1 tin tomato (425 gm), kisar
Garam secukup rasa

Bahan Atas

70 gm mentega
800 gm ubi kentang, rebus & lecek
100 gm keju Cheddar, parut (20 g untuk tabur)
2-3 camb susu cair
Garam, serbuk lada sulah

Cara membuatnya
1.Untuk bahan lauk: Cairkan majerin, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2.Masukkan daging, kacau hingga berubah warna, bubuh cili Benggala, lobak merah, salderi dan tomato kisar.
3.Tutup periuk dan perlahankan api tetapi hendaklah dikacau sekali sekala hingga lobak separuh lembut. Bubuh herba dan garam, angkat.
4.Ratakan di dalam mangkuk tahan panas (boleh mengisi 1.75 liter).

5.Untuk atasnya: Satukan 50 gm mentega, kentang, keju, susu, garam dan serbuk lada sulah.
6.Ratakan ke atas daging. Boleh juga lorek dengan garfu di atasnya. Bubuh baki mentega dan taburkan keju.
7.Bakar pada 190 C selama 30-35 minit atau sehingga permukaannya keperangan.