Monday, February 28, 2011

Cupcake mystery code...

CC ni diorder oleh kwn angah utk majlis apa, tak tau...tak byk 15 ketui je...deco yg simple2 je yg penting ada alphabet mystery tu...apa maksudnya CB pun tak tau..hrp kawan angah puas hati ngan cc perasa vanila/kopi ni...


Thursday, February 24, 2011

Belasungkawa - Allahyarham Mohd. Shukri Jaafar

Hari ni merupakan hari yg paling menyedihkan bagi kami di pejabat kerana pemergian seorg sahabat dan staf yg amat baik dan disenangi oleh ramai iaitu Allahyarham Mohd Shukri Jaafar. Baru berusia 34 tahun masih belum berumahtangga, usia muda arwah amat sedih krn menanggung kesakitan yg begitu lama dihidapi, penyakit yg berkaitan sendi. Asalnya hanya terseliuh semasa bermain bola sepak utk pejabat, lama kelamaan semakin melarat hingga merosakkan sendi2 yg lain...Semalam tghri sempat menziarahi arwah yang agak tenat di ppum, begitu sayu bila melihat keadaannya yg asalnya seorg anak muda yg begitu gagah,sihat menjadi begitu tidak bermaya...Tapi siapa lah kita utk menentang segala ketentuan ini semua itu sudah ditentukan olehNya, maka hendaklah kita reda...kita yg melihat pun begitu sedih dan hiba apatah lagi bagi keluarga arwah yg begitu menjaganya dgn penuh kasih sayang...marilah kita sama2 mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama para solihin dan anbia...ya Allah dikau ampunkan segala dosa sahabat ku ini, sesungguhnya kami juga akan mengikutinya....aminnn


Thursday, February 17, 2011

Kung pao chicken???

Eh gambo resepi ni ada ke ghuper kong pao chicken??? heeee CB main taram je masak kongpao chicken tu, walaupun rupa mu tak ku kenali...tapi kesedapanmu menjilat jari hahaha....CB masak campak2 je last skali bubuh tepung jagung kasi pekat kuahnya, makan ngan nasi panas...ohhh...


Yg ni plak kasi kukus sama itu ikan kerapu...makan panas2 jugak tau...kalu sejuk tarak umphhh...

Tuesday, February 8, 2011

Kentang Puff

Masa cuti tu sempat gak CB buat puff ni...tgk kat giant ada jual puff pastri yg 4 segi, selalu yg bulat je..so apa lagi rembat sepeket je (10 kpg). Inti CB buat inti kentang (mcm inti karipap) tu. Sedap pulak..pehni nk pi cari lagi...


Monday, February 7, 2011

Ciskek

Wahh lama sungguh tak bersiaran maklumlah sambut raya cina sambil2 tu bercuti2...meriah cuti kali ni amek 2 ari dpt 9 ari...tak gitu cik yah...
CB pun amek jugak lah cuti tersepit2 tu...tak pi mana2 pun. Jgn tidak, ari khamis tu round2 kat port dickson, lama tak pi sana, tgk dh cantik dh bdr PD...pehtu nxt day terus balik kg jap ada kenduri...kat kg sakit urat2 lengan menebas semak samun keliling rumah pusaka tu ha...nak upah org tebas bole je tapi saja eksesais kata org keluarkan peluh..

ni kat round about PD kat hospital PD tu dh cantik kan...kan main jem lagi jln masa raya cina tu..


masa cuti2 tu sempat gak ler bakaq ciskek marble yg sempoi ni...

Wednesday, February 2, 2011

Riot in egypt

Sedeyyy nyer baru sebulan kami meninggalkan bumi mesir berlaku pulak tunjuk perasaan yg sgt hebat di mesir...siapa sangka ye...namun kenangan manis tetap bersemadi di hati kami wp negara tersebut sdg huru hara yang amat teruk skrang ni. Kesian rakyat kita esp student kita kat sana mmg ramai student kita kat sana. CB sentiasa tingat kat Anis anak sedara CB yg CB jumpa kat Alex. ari tu hrp Anis dan kenkawan selamat dan akan balik ke mesia dgn selamat. Ayahnya sdg berusaha utk membantu begitu juga dgn kerajaan mesia.
Harapan CB agar kegemilangan sejarah dan peradaban bumi egypt akan terus terpelihara walau siapa yg memegang tampuk pemerintahan nnati. CB terkenang akan muzium Kaherah yg begitu byk menyimpan khazanah mesir yg bernilai berbilion ringgit nilainya...semuga muzium, piramid dan sungai nil akan terus dpt dinikmati keindahannya...