Hari ni merupakan hari yg paling menyedihkan bagi kami di pejabat kerana pemergian seorg sahabat dan staf yg amat baik dan disenangi oleh ramai iaitu Allahyarham Mohd Shukri Jaafar. Baru berusia 34 tahun masih belum berumahtangga, usia muda arwah amat sedih krn menanggung kesakitan yg begitu lama dihidapi, penyakit yg berkaitan sendi. Asalnya hanya terseliuh semasa bermain bola sepak utk pejabat, lama kelamaan semakin melarat hingga merosakkan sendi2 yg lain...Semalam tghri sempat menziarahi arwah yang agak tenat di ppum, begitu sayu bila melihat keadaannya yg asalnya seorg anak muda yg begitu gagah,sihat menjadi begitu tidak bermaya...Tapi siapa lah kita utk menentang segala ketentuan ini semua itu sudah ditentukan olehNya, maka hendaklah kita reda...kita yg melihat pun begitu sedih dan hiba apatah lagi bagi keluarga arwah yg begitu menjaganya dgn penuh kasih sayang...marilah kita sama2 mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama para solihin dan anbia...ya Allah dikau ampunkan segala dosa sahabat ku ini, sesungguhnya kami juga akan mengikutinya....aminnn

No comments:
Post a Comment