Thursday, June 17, 2010

Saigon pt.6 - shopping time

Kata org2 yg dah biasa ke HCMC@Saigon shopping kat sana mmg berbaloi. CB pun rasa betul jugak ler krn brg2 kat sana harganya mmg murah, kena pandai bargain mcm kat tempat lain gak. Org2 Malaysia yang pernah pi Saigon mesti kenal pasar Benh Tanh (bazaar) mcm2 ada jual kat situ, Chinatown (terkenal ngan tekstil yg murah), wholesale market kat Binh Tay dan jugak kat pasar malam yg setiap malam semmgnya ada. Penjual2 kat sana kbykannya pandai ckp Inggeris dan bahasa Melayu jugak, diaorg amek dollar (US) dan juga duit Dong (matawang Vietnam). Kita boleh guna dua-dua matawang and kena pandai ler convert nk pilih yg mana lebih murah...calculation kena cepat ya kakak2, takler penjual nk tunggu lelama tunggu kita nk convert. Kalu yg ada PA ke, akauntan ke lagi bagus. So layan ler gambar2 CB ni. CB takler shopping sakan setakat beli sket2 buat kenangan je...
depan Benh Tanh bazaar
kopi vietnam mmg byk dijual, dia org kata kopi ni sgt sedapppp...





Wednesday, June 16, 2010

Saigon pt.5 - mekong river cruise

Bestnya naik bot and mendayung sampan di sungai mekong, vietnam...
CB tunjukkan gambar2 yg sgt menarik dan nostalgia aktiviti2 sepanjang menelusuri mekong river...

mula2 naik bot


pehtu mendayung sampan pulak...





Tuesday, June 15, 2010

Saigon pt. 4 - peace no war

CB nk tunjukkan gambar2 di war museum, cu chi tunnel vietnam yg sgt2 mengerikan kesan peperangan vietnam.
Kesengsaraan rakyatnya tidak dpt disangkal lagi. Ketabahan dan kekuatan jiwa rakyatnya amat disanjungi...


Thursday, June 10, 2010

Saigon pt.3 - halal food

Makan di Saigon tidak perlu bimbang krn terdpt beberapa restoren muslim Melayu Campa di sana. CB and family puas hati ttg tempat makanan halal krn bersih dan menunya pun mcm kat rumah...best sesangat. 3 restoren yg semmgnya popular bagi rakyat Malaysia jika ke sana adalah Kedai Makan Shamsuddin, Four Season restaurant dan Halal Saigon. Halal Saigon terletak betul2 depan Masjid berdepan ngan Hotel Sheraton Saigon.
So layan ler menu2 best halal food in Saigon ni...










Wednesday, June 9, 2010

Saigon pt.2 - beautiful architectures

Hope u'll enjoy these photos...










Monday, June 7, 2010

welcome to saigon aka ho chi minh city,vietnam

Salam semua...lamanya tak update blog nih, tak tau kenapa sibuk sokmo wehh...
Baru2 ni cuti wesak, CB n family cuti2 ke Saigon aka HCMC...mmg best ke sana wp cuaca agak panas tapi puas hati ler dpt tgk negara orang apatah lagi saigon yg suatu ketika dulu amat daif kesan dari peperangan yg sehingga kini masih terlihat kesan2nya di sana sini. Kini saigon sdg pesat membangun...maka layan ler gambo2 yg CB paparkan ini semoga anda juga akan teruja utk ke sana.




pemandangan yg amat menyeronokkan adalah terdpt berjuta-juta motosikal di bandar saigon, penduduknya saigon berjumlah 8 juta, jumlah motosikal yg terdpt adalah 4 juta, bayangkan...
motosikal di mana-mana, CB tabik ngan pembawa motsikal kat sini bwk tak merempit mcm kat mesia, bersopan gak ler
CB dimaklumkan bhw 1 keluarga di vietnam jumlah anak adalah tdk melebihi 2 org, jika lebih mungkin tak dpt subsidi kot, so diaorg lbh suka guna motosikal je, kete kecik mmg tak jumpa kat sini, yg ada kete 7 seater utk tourist


hotel tmpt CB n family menginap...best hotel dia mcm 4-5 bintang kat sini


nanti kita sambung lagi yek...tunggu...